FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)



FREQUENTLY ASKED QUESTION (FAQ)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Program Sahabat Agro?

  • Progam Sahabat Agro adalah sebuah program pemasaran yang ditawarkan oleh Agrobank yang menggunakan konsep KEAHLIAN, RUJUKAN dan GANJARAN untuk produk AgoPrima$.


2. Apakah syarat kelayakan untuk menyertai Program Sahabat Agro?
    Syarat kelayakan untuk menyertai Program Sahabat Agro adalah seperti berikut:


  • Program Sahabat Agro adalah terbuka kepada individu warganegara Malaysia, residen tetap dan bukan warganegara yang bermastautin di Malaysia dan mempunyai pasport bersama pas untuk tinggal di Malaysia tidak kurang daripada dua belas (12) bulan samada pelanggan sedia ada Bank atau tidak dan juga Pertubuhan/ Persatuan/ Kelab/ Koperasi/ Perniagaan Tunggal/ Syarikat yang didaftarkan.
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pemohon hendaklah terlebih dahulu telah membuka dan/atau mempunyai Akaun Deposit Berjangka (Program AgroPrima$) di Bank dan mengekalkan baki minimum berjumlah RM 500.00 di dalam akaun tersebut. Kegagalan untuk membuka dan/atau mempunyai akaun tersebut akan menyebabkan permohonan untuk menjadi Ahli atau Bukan Ahli ditolak.
  • Pemohon hendaklah terlebih dahulu telah membuka dan/atau mempunyai Akaun Simpanan/Akaun GIRO di Bank bagi tujuan pembayaran Ganjaran. (Deposit minimum yang diperlukan bagi pembukaan akaun adalah tertakluk kepada polisi produk yang telah ditetapkan oleh pihak Bank)
3. Adakah Program Sahabat Agro ini patuh Syariah?
  • Ya, Program Sahabat Agro adalah sebuah program patuh Syariah yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Syariah Agrobank.
  • Konsep Syariah yang digunapakai bagi Program Sahabat Agro adalah Hibah Mu'allaqah atau Hibah Bersyarat di mana ganjaran atau hibah akan diberikan kepada ahli yang berjaya memenuhi segala terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak Bank. Syarat utama yang perlu dipatuhi oleh Ahli untuk layak menerima Ganjaran adalah:

  • Ahli mesti mengekalkan sekurang-kurangnya RM 500.00 di dalan akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ sepanjang keahlian;
  • Ahli hendaklah merujuk pelanggan kepada pihak Agrobank dan pelanggan tersebut membuka Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ dengan nilai deposit minimum RM 500.00.
4. Apakah nilai deposit minimum yang perlu diletakkan di dalam Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ jika saya ingin menyertai Program Sahabat Agro ini?
  • Nilai deposit minimum yang perlu diletakkan di dalam Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ ialah sebanyak RM 500.00.
5. Adakah Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ mempunyai had maksimum deposit yang ditetapkan oleh pihak Bank?
  • Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ Tiada mempunyai had maksimum deposit.
6. Berapakah kadar keuntungan bagi Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$?
  • Kadar keuntungan bagi Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ ialah sebanyak 0.25% setahun.
7. Apakah tempoh bagi Produk AgroPrimas$
  • Tempoh bagi Produk AgroPrima$ ialah 12 Bulan.
8. Selepas Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ saya matang, adakah saya perlu menghadirkan diri ke Bank untuk memperbaharui akaun tersebut?
  • Tidak perlu. Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ yang dibuka oleh pelanggan adalah auto-renewal.
9. Sekiranya saya ingin mengeluarkan deposit saya di dalan Akaun Deposit Berjangka AgroPrima$ saya sebelum tarikah matang, adakah saya dikenakan sebarang fi? Adakah saya layak untuk menerima keuntungan daripada deposit  tersebut?
  • Fi hanya akan dikenakan kepada pengeluaran pra-matang (bagi akaun baru) jika pengeluaran dilakukan dalam tempoh 3 bulan dan ke bawah daripada tarikh akaun tersebut dibuka iaitu 0.05% daripada jumlah deposit atau RM 50.00 yang mana lebih rendah (Fi broker tertakluk kepada GST 6%).
  • Sekiranya pengeluaran pra-matang dilakukan oleh Ahli dalam tempoh 3 bulan dan ke bawah daripada tarikh akaun tersebut di buka, tiada keuntungan yang akan dibayar kepada pelanggan.
  • Sekirannya pengeluaran dilakukan selepas 3 bulan daripada tarikh akaun tersebut dibuka, pelanggan akan diberikan keuntungan yang dikira secara pro-rata.
10. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai program ini?
  • Pelanggan boleh merujuk kepada Perujuk berikut:
  • No telefon Perujuk: 019-5749968
11. Berapakah nilai Ganjaran yang ditawarkan kepada Ahli Sahabat Agro yang merujukkan pelanggan kepada pihak AgroBank?
  • Nilai Ganjaran yang ditawarkan kepada Ahli Sahabat Agro yang merujukkan pelanggan kepada pihak AgroBank ialah sebanyak 0.70% setahun.
  • Nilai Ganjaran ini akan dibahagi kepada 4 peringkat seperti berikut:
  • Peringkat 1 : 30%
  • Peringkat 2 : 25%
  • Peringkat 3 : 23%
  • Peringkat 4 : 22%
12. Sekiranya di dalam rangkaian rujukan saya mempunyai Ahli di peringkat kelima, adakah saya layak untuk menerima Ganjaran daripada Ahli tersebut?
  • Tidak. Ganjaran hanya akan diberikan sehingga 4 peringkat di bawah rangkaian rujukan Ahli sahaja.

No comments:

Post a Comment